Friday 27 July 2018








SAMBAL KETUK ialah Sambal Ikan Bilis Pedas Tumbuk secara ringkasnya. Ada juga yang menyebutnya Sambal Jawa, Sambal Totok atau Sambal Getuk. Resipi yang sama tetapi mengikut citarasa orang yang memasaknya. Istimewanya SAMBAL KETUK NAS CHOICES ini, tidak diletakkan belacan. Boleh dimakan oleh semua pelanggan tanpa perlu risau dengan alahan.

SAMBAL KETUK  juga hampir sama dengan Sambal Hitam Pahang tetapi tidak diletakkan belimbing.

SAMBAL KETUK keluaran NAS CHOICES adalah Resipi turun temurun GABUNGAN DUA BUDAYA MASAKAN iaitu daripada Sumatera, Indonesia dan Pahang, Malaysia.

Sesuai untuk dijadikan sebagai lauk utama dan juga boleh dijadikan sebagai perencah masakan.

SAMBAL KETUK NAS CHOICES telah dibawa ke pelbagai negara termasuk negara Eropah, Riyadh, Jepun, Korea, dan banyak lagi. Ramai pelanggan menjadikannya sebagai pembuka selera ketika berada di negara orang.

Tidak ketinggalan juga bagi jemaah Haji dan Umrah. SAMBAL KETUK NAS CHOICES sentiasa menjadi pilihan mereka untuk dijadikan sebagai bekalan untuk mereka di Tanah Suci.


BAGAIMANA IA BERMULA

Menu ringkas ini adalah menu wajib dimeja oleh keluarga Kak Nas. Pada mulanya mendapat tempahan kecil-kecilan daripada rakan-rakan sekeliling. Memandangkan rakan-rakan rata-ratanya adalah Ibu yang bekerjaya, Kak Nas mendapat idea untuk mengembangkan idea ini untuk dikomersialkannya bagi membantu lebih ramai ibu-ibu yang bekerjaya mendapatkan makanan yang sihat, berkualiti malah mengenyangkan untuk keluarga mereka.

Didalam mengkomersialkan Sambal Ketuk ini, Kak Nas masih mengekalkan konsep memasak secara homemade dan mengekalkan resipi asal malah menambahbaikkan lagi resipinya agar jangka hayatnya boleh melebihi tempoh 6 bulan pada suhu bilik.


SIAPA PERLU MENDAPATKANNYA

- Ibu-ibu bekerjaya yang ingin menjimatkan masa di dapur. Tidak perlu menumbuk lagi di dapur. Sambal Ketuk boleh dijadikan sebagai perencah masakan yang secukup rasa untuk setiap hidangan anda.

- Sesiapa sahaja yang selalu bekerja di luar kawasan yang tidak mempunyai banyak masa untuk terkejar-kejar mendapatkan makanan. Sapu sahaja Sambal Ketuk pada roti. Cukup hidangan anda.

- Pelajar yang ingin berjimat. Sebotol Sambal Ketuk boleh dimakan sehingga 7 kali hidangan atau lebih. Mengikut tahap kepedasan seseorang. Makan bersama nasi putih, telur goreng dan Sambal Ketuk hidangan anda lengkap malah bertambah-tambah selera.

- Anda yang suka travel. Sesuai dijadikan sebagai pembuka selera di tempat orang. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Sehebat mana pun masakan negara orang, masakan negara sendiri yang pasti akan membuka selera sendiri. Percayalah.. Hehe..

- Khas untuk anda Jemaah Haji dan Umrah. Pasti akan memudahkan para jemaah untuk mendapatkan makanan yang membangkitkan selera di Tanah Suci.

Bagaimana Untuk Mendapatkannya

Hubungi kami di 019-3613164 whatsapp/mesej/call

FB : Sambalketuk
      : Sambal Ketuk Nas Choices

Instagram : nas_choices








No comments:

Post a Comment